Petua 6: Kunci komputer dan telefon pintar anda semasa tidak digunakan
عربى | Bahasa Indonesia | 简体中文 | Nederlands | Français | Deutsch | English |
हिंदी | Magyar | 日本語 | Bahasa Melayu | Português | русский | Español
Risiko-risiko
Komputer dan peranti mudah alih anda menyimpan banyak maklumat peribadi dan perniagaan yang anda mahu lindungi (gambar peribadi, perbualan Whatsapp dll.). Jika anda tidak mengunci peranti tersebut menggunakan kata laluan atau kod PIN, sesiapa pun boleh mengakses semua kandungan ini secara langsung. |
|
Jika anda hilang peranti anda atau jika ia dicuri, semua maklumat ini boleh dicapai secara langsung oleh orang yang mendapat peranti tersebut. |
Petua Berguna
Sentiasa mengunci skrin semasa meninggalkan peranti. |
|
Ingatilah pintas papan kekunci untuk mengunci komputer anda dengan cepat: • [WIN] + [L] untuk Windows PC |
|
Kami sentiasa mengesyorkan anda untuk mengaktifkan kunci skrin telefon pintar, tablet dan komputer anda. |
Statistik Yang Menggerunkan
Sekurang-kurangnya seorang bagi tiga pekerja berkata mereka meninggalkan komputer mereka masih dilog masuk dan tidak mengunci semasa berada jauh daripada meja mereka.
Seorang bagi lima pekerja menyimpan maklumat log masuk sistem dan kata laluan pada komputer mereka atau mencatat dan meninggalkannya di meja mereka, atau melekatkan pada komputer mereka.
[Cisco]